Kek Lumut Sarawak Resipi
Kek istimewa dari Sarawak ini di panggil kek lumut mungkin kerana warna hijaunyanya yang seakan lumut.
Terdapat pelbagai resipi telah diubah suai tetapi ini adalah yang asli. Selamat mencuba!
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum*
- 1 cawan Horlicks* (* satukan)
- 3/4 cawan gula
- 250 gm butter
- 4 biji telur grade A
- 1 sudu besar pandan paste
- 4 sudu besar serikaya pandan
- 1/4 cawan susu pekat
Cara-cara:
- Pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang dengan kelajuan maksimum.
- Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan.
- Masukkan susu pekat, serikaya, pandan paste dan pukul rata setiap campuran dimasukkan. Masukkan tepung campuran horlicks.
- Tuangkan ke dalam loyang 7"x7" yang di lapik dan dilenser dengan butter. Tutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelak air jatuh di permukaan kek. Sebelum itu, sapu sedikit butter pada aluminium foil supaya bila kek masak, tidak melekat dan permukaan akan menjadi cantik.
- Kukus 2-3 jam dgn api sederhana. Bila dah sejuk, boleh dipotong dan dihidangkan.

Comments
Post a Comment